love

Loading...

Sunday, May 20, 2012

bila hati berdetik


Perlahan je aku ckp, aku memang benci kau sangat sangat sampai tak tahu nak ckp macam mana? aku tulis bukan mintak perhatian, aku tulis bukan nak kata aku bagus, tapi aku dah tak tahu nak ckp dengan siapa.  Aku mengalami konflik remaja yang agak berat mungkin hingga membawa diri aku menulis semula. ‘puihhh, berapa bulan dah tak update Ezzny hooi? ingat dah tak hidup dah’. Positive sikit  ‘Aku ni lupa password sebenarnya’.  Okay, smbung balik . Aku kalau nampak muka kau dalam gambar pun dah rasa meluat tahap EXTRAVAGANZA punya, inikan pula pandang muka kau walau sekilas. Ya Allah, hinanya aku ini sehingga sanggup membenci ciptaan Tuhan Yang Maha Adil lagi Bijaksana.

Apa silapnya? Apa salah dia? Aku tak tahu kenapa dengan aku. Aku sendiri pun tak suka nak benci org. Sebab Umar bin Khattab pernah berkata

"Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina"

sama juga dengan membenci orang. Kalau aku benci org, orang akan membenci aku 100x kuasa 30 benci dekat aku. Aku tahu dah, tak payah ckp. Aku tahu sendiri. Tapi aku dah cuba, cuba untuk melupakan perkara ini buat sementara. Apakan daya, aku hanya insan biasa yang lemah dan mudah digodai dengan hasutan syaitaniroojim. Aku malu sebenarnya sebab tidak mampu mengatasi godaan syaitan. Kalau lah ada mentera nak hapuskan perasaan benci kat orang lain, dah lama aku baca. Tapi ini luahan aku. Aku dah cerita kat mak aku, tapi tak efektif. okay plan B cerita kat abg. boleh pakai jugak. Tapi dalam sehari boleh lah esok lusa aku benci dia balik. Aku dah tak tahu nak ckp macam mana. Benci aku tu tak boleh diungkapkan dengan kata - kata. Aku dah try update status twitter, skype, fb segala namun semuanya tidak dapat mengatasi kebencian aku terhadap kau. Kalaulah aku sedang mengandung aku boleh jamin anak aku lelaki atau perempuan mesti sebijik muka macam dia. Aku tak suka cara kau treat family aku, tu je. 


Dalam hal ni aku yang salah sebab membenci kau dengan sepenuh hati aku. Tapi tak tahu kenapa, maaf cakap aku bukan sempurna. Aku tanak letak gamba kucing harimau segala, sebab aku tak nak tarik perhatian org untuk cerita kebenciaan aku terhadap kau.

Friday, August 5, 2011

observation

life is like an experiment. what you do is what you get and we called it as an "observation".
okay dah quote yang tak menjadi =,=

aku rasa selepas kucing diserang penyakit ape tah aku menjadi mangsa penyebaran virus nya. chaitt, sekarang tengok aku dah batuk, selsema dan demam. lepas tu aku dibawa ke klinik, dan doktor mengesahkan aku demam *aku suke ni sbb dapat cuti secara tidak langsung nya :) tapi masalah sekarang ni ubat yang doktor tu bagi mcm sgt berkesan kepada sensory system aku.

masa aku makan ubat batuk, aku dah mengantuk and tertidur. yang lain semua sibuk-sibuk solat terawih yang aku sleeping beauty depan tv kan. pastu aku masuk bilik sambung tidur sampai pukul 12 mcm tu aku dah terbangun. tapi macam org koma tahu tak. mata bukak tp terbaring je. sampai pukul 2 aku gagahkan diri utk bangun dari katil oh yeah, berjaya jugak. fikir fikir, baru teringat ada homework tak siap. ape ye? chemist, alahai tak termampu eden nak nyiapkan nyeee. buat jugak lah kan. tp aku tak faham kenapa aku mengambil masa yang cukup lama utk menjawab 1 soalan. aku tgok jam dah pkul 5, tp structure ade lagi 1 soalan tak siap. sesungguhnya aku tak terdaya berfikir secara kritis mungkin disebabkan pengaruh ubat batuk semalam =,= and and paling aku tak faham bila aku guna sabun dettol utk cuci muka. sumpah aku tak perasan yg tu sabun dettol sampai dah sapu kat muka baru aku sedar, sbb bau dia mcm bukan sabun cuci muka aku. nampak sgt ubat batuk tu macam memberi side effect kepada aku. hidup aku menjadi kelam kabut.

okay sekarang nak cerita pasal yogi. dia sakit, kesian kan. tp aku dah nampak sedikit perubahan setelah 2 minggu dia sakit tenat. aku sangat happy bila dia dah buang air besar. serius nak dekat seminggu dia tak ke toilet miliknya. tp sekarang still sakit lagi tp tak seteruk dulu la. aku tak tahu nak buat apa dah. ubat selera makan, digestion kerajaan swasta segala semua dah telan. tp still macam tu je :(

dia betul - betul dah macam org sakit. makan pon tak larat dah. sampai aku yang kena suap - suapkan. tu pon dua sudu je. lepastu dah tak nak dah.haihh


may be yogi sakit sebab suka sangat minum air ikan ni

p/s; aku rase ni mcm first time aku story detail segala kan. okay done