love

Loading...

Sunday, May 20, 2012

bila hati berdetik


Perlahan je aku ckp, aku memang benci kau sangat sangat sampai tak tahu nak ckp macam mana? aku tulis bukan mintak perhatian, aku tulis bukan nak kata aku bagus, tapi aku dah tak tahu nak ckp dengan siapa.  Aku mengalami konflik remaja yang agak berat mungkin hingga membawa diri aku menulis semula. ‘puihhh, berapa bulan dah tak update Ezzny hooi? ingat dah tak hidup dah’. Positive sikit  ‘Aku ni lupa password sebenarnya’.  Okay, smbung balik . Aku kalau nampak muka kau dalam gambar pun dah rasa meluat tahap EXTRAVAGANZA punya, inikan pula pandang muka kau walau sekilas. Ya Allah, hinanya aku ini sehingga sanggup membenci ciptaan Tuhan Yang Maha Adil lagi Bijaksana.

Apa silapnya? Apa salah dia? Aku tak tahu kenapa dengan aku. Aku sendiri pun tak suka nak benci org. Sebab Umar bin Khattab pernah berkata

"Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina"

sama juga dengan membenci orang. Kalau aku benci org, orang akan membenci aku 100x kuasa 30 benci dekat aku. Aku tahu dah, tak payah ckp. Aku tahu sendiri. Tapi aku dah cuba, cuba untuk melupakan perkara ini buat sementara. Apakan daya, aku hanya insan biasa yang lemah dan mudah digodai dengan hasutan syaitaniroojim. Aku malu sebenarnya sebab tidak mampu mengatasi godaan syaitan. Kalau lah ada mentera nak hapuskan perasaan benci kat orang lain, dah lama aku baca. Tapi ini luahan aku. Aku dah cerita kat mak aku, tapi tak efektif. okay plan B cerita kat abg. boleh pakai jugak. Tapi dalam sehari boleh lah esok lusa aku benci dia balik. Aku dah tak tahu nak ckp macam mana. Benci aku tu tak boleh diungkapkan dengan kata - kata. Aku dah try update status twitter, skype, fb segala namun semuanya tidak dapat mengatasi kebencian aku terhadap kau. Kalaulah aku sedang mengandung aku boleh jamin anak aku lelaki atau perempuan mesti sebijik muka macam dia. Aku tak suka cara kau treat family aku, tu je. 


Dalam hal ni aku yang salah sebab membenci kau dengan sepenuh hati aku. Tapi tak tahu kenapa, maaf cakap aku bukan sempurna. Aku tanak letak gamba kucing harimau segala, sebab aku tak nak tarik perhatian org untuk cerita kebenciaan aku terhadap kau.

No comments:

Post a Comment